Tuesday, May 6, 2014

Review product - Blender Baby Bullet

Kali ni entry nak review produk. Alhamdulillah~ Nazmi masuk 6 bulan 1 May ni. So dah boleh makan solid food. Semangat berkobar-kobar ni nak buatkan Nami bubur. Oleh itu sebulan sebelum tu dah pergi survey blender untuk blend bubur dgn buah, sayur untuk Nami makan. Google lah segala jenama. Ok! Fine. Mahal rupenyer blender tu. Avent RM400++ Fengsaaaaaaaan. Lepas tu jumpa brand Beaba pulak. Double fengsaaaaan lagi. Nape boleh sampai RM600++ Kalau mummy Nami ada mesin photostate duit boleh lah beli. 


Bukan kedekut serta berkira dengan anak tapi beli biarlah yang berpatutan. Seperti kata Mawar, nak bergaya ikutlah kemampuan. Hambik kau! Last-last macam biasalah tunggu Groupon lah. Rezeki Nami. Tengok macam best jer. So beli lah satu set. RM99 jer. Harga sebenar RM180. Tapi tak paham nape kat Groupon tulis jimat sehingga RM281. Ok. Perempuan memang mudah terpedaya dan terpengaruh dengan iklan. Lepas seminggu barang sampai rumah. Basuh bersih-bersih then try test.




Masakan pertama Nami adalah bubur nasi. Antara ramuannya: Beras. Ok hanya beras. Dengan hidung kembang kempis basuh beras. Masak bubur. Then lepas 20 minit siap. Tradaaaaaa.. Ok part paling best. nak cite pasal blender Baby Bullet tu. Secara jujurnya RM99 tu tak berbaloi. Rasa rugi. Rasa geram dan secubit rasa penyesalan. Bukan nak burukkan produk tp pada saya produk ni tak serasi bersama dengan naluri dan perasaan saya sebagai seorang ibu. Bagi orang lain tak tahu lah. Antara masalahnya:

Comel kan set Baby Bullet ni?

Pertama: Tak ada suiz on off. Hahahahaha dengan yakin cucuk plug pastu carik suiz on off dekat sejam tak jumpa. Rasa bongok sekejap. Pastu pergi stor ambik balik kotak blender tu. Cari manual. Ok fine! Memang tak ada suiz on off. Kalau nak guna kena tekan kekuat bendalah tu ke bawah then click kan. Baru lah motor tu pusing. Grrrrrrr... Kena tekan kuat-kuat. Persoalan berbangkit di sini. Kenapa nak menyusahkan ibu-ibu ya? Kena gunakan kuasa kuda untuk tekan bendalah tu. Berpeluh ketiak. Blender Tefal yang mahal tu pun ada suiz on off tak da nak menyusahkan pengguna.





Kedua: Dalam set blender tu ada kasi sekali cup kecik-kecik comel yang ada Mr.Smile tu kan. (refer gambarajah di atas) Yup! Memang comel giler. Siap boleh set date bila kita masak. So in case kalau kita tetiba hilang ingatan, then ternampak cup tu kat dalam freezer dah berkurun lama, mudah sikit nak tahu bila kita masak. Kalau dah lama sangat tu buang jelah. Ok. Masalah di sini. Date tu susah giler nak pusing. Benda tu dah lah kecik, nak pusing punyalah ketat. Ada 6 cup. Yang ketat ada 5 setengah. Bayangkan. Dah lah tadi berpeluh-peluh ketiak nak tekan blender. Ni tambah lagi masalah nak set date. Memang last-last tak set pon date. makan kismis banyak-banyak biar ingatan kuat. 







Ketiga: Batch tray getah tu tak boleh tutup. Maafkan saya jika saya ni bersifat ke kampungan. Ya, I'm Kampung Girl. Batch tray tu getah. So kononnya klau letak dalam freezer nanti kalau nak guna mudah keluarkan. Betul! Memang mudah. Tapi masalah nya bendalah tu tak boleh tutop. Penutup berfungsi sebagai alas penutup jer tak boleh rapat. So kalau letak dalam freezer atas sebelah ikan so nanti bubur Nami bau ikan. Hahahaha.. 


Ok, itu jer masalah yang saya alami. Sekali lagi saya mintak maaf bukan untuk memburukkan produk tapi hanya luahan hati pengguna. Last-last sebagai jalan penyelesaian sajak suami pergi Philips Service Center kat Johor Jaya beli batchbowl dengan blade baru. Puas hati. Tulis nama Nami biar tak tertukar dengan bowl & blade mummy blender cili bawang tu. Ok mari test suap Nami makan. Bismillah~



Suapan pertama Nami. Nak makan pon dressing macam nak pergi City Square. Baca doa makan.



Buka mulut sampai macam nak telan sudu. Iyer jer budak kecik ni.



Suapan pertama Nami ada dalam mulut jer. Dia tak nak telan. Suapan kedua lagilah. 


Cubaan pertama kasi Nazmi makan tak berjaya. Dia makan 2 suap jer pastu muka jadi hijau nak muntah. Mungkin rasa tak sedap pasal bubur nasi semata-mata. So dah terjadi 1 pembaziran gi buang 6 cup bubur tu. Maafkan kami. Cubaan kedua seminggu selepas tu. Kali ni ubah resepi. Tambah carrot dengan udang sikit. 




Masak macam biasa. Basuh beras, tanak. Then dah half cook sikit masukkan carrot. Pastu masukkan udang. Dah sejuk sikit blend bubur tu dengan blender masak biasa yang ada suiz on off hahahaha. Benci Baby Bullet tu! Siap blend (dengan menggunakan blender dapur biasa) masukkan dalam cup comel tu. Alhamdulillah dapat lah 6 cup. Cukup untuk 3 hari. Coz Nami makan 2 cup sehari. Pagi pukul 10 dengan petang pukul 5. Kali ni dia makan habis. Mungkin sedap sikit ada rasa berbanding yang hari tu tak ada rasa apape nasi semata-mata. Ok. Boleh lompat bintang. 


Contoh bubur yang saya masak untuk Nazmi. Ni gambar google. In case ada yang pertikaikan. Maaf time masak tak sempat nak ambik gambar. Pasal masak cepat-cepat. Nami dah mengaruk. Karang ada handphone masuk periuk sibuk sendiri. 


So selepas tu kalau ada masa terluang saya akan masak untuk nazmi, jika tak sempat kami dah standby biskut rusk Heinz tu untuk Nazmi. Masukkan dlm botol 2 keping, tuang air masak, susu 1 scoop then goncang. Tak sampai hati nak kasi Nazmi pegang. Comot tahap dewa. Masuk mulut secubit jer. Lain semua melekat kat baju. Selain biskut tu try jugak puri buah-buahan untuk Nami. Test sehari tengok dia ada elergic atau tak. So far Nazmi ok dengan sweet potato, pisang, apple dengan oat. Pastu kasi labu terus muntah-muntah. Ok. Hapuskan labu kat muka bumi ni. 


Jenama dan jenis yang macam ni saya beli untuk Nazmi. Kat Jusco jual 1 botol RM3.90 kalau 1st time makan 1 botol boleh 2 kali makan. Sedap. 

Hahaha.. 1 botol kecik tu RM4. Dah sama harga macam nasi campur untuk mummy lunch tiap hari. Kalau seminggu dah RM28, sebulan RM120. Kalau masakkan bubur kos tak sampai RM30 sebulan. Cuba calculate! Saya memang suka mengira. Dah 9 tahun keje buat account. Ok tak ada kaitan.  So itu jelah untuk hari ni. Panjang pulak entry kali ni. Sejak jadi mak mak ni makin suka membebel. Ok, esok lusa mummy Nami review produk lain pulak heh. Bye. 

Friday, April 25, 2014

Family Day 2014 @ Bukit Gambang Resort

Kami jalan-jalan lagi.... Hup hup hurray. Cuti-cuti Malaysia 2014. Actually Family Day ni sepatutnya bulan December tahun lepas. Ngam-ngam naik cuti lepas besalin. Tapi oleh kerana musim tengkujuh melanda dan malangnya sana-sini banjir so postpone ke bulan 3. Pada mulanya hati 80 - 20 nak pergi. Pasal dah plan nak pergi PD bulan 3 aritu. Date Family Day seminggu sebelum date nak pergi PD. Benci sangat! So hati lebih kepada nak pergi Honeymoon dari nak pergi join Family Day company. Lagi 1 sebab pasal jauh sangat. JB ke Gambang paling kilat pon 6 jam. Inikan kami bersama Nazmi. So redho jelah. Pelan-pelan jalan.


Pagi dah bangun awal. Sarapan kat R&R Machap. Gerak sesaing dengan budak-budak office yang lain. Ok fine! Janji pukul 9 pagi kat Machap. Nazmi dah start meradang pasal tunggu cukupkan ahli kumpulan lama sangat. Pukul 11 baru gerak ke Segamat. 


Kaki siap silang panggung time sarapan. 


Ok, ni first time kami drive ke Gambang. Selama ni pergi Kuantan kalau tak naik bas, naik kereta tumpang orang. Then dalam kereta tido. Sekali kena drive sendiri baru tahu tinggi rendah langit. Alhamdulillah dari Machap sampai Segamat, Nazmi tido. So boleh tekan minyak laju-laju. Malangnya dari Segamat ke Gambang tiada highway. So tiada R&R. Nazmi dah start mengaruk. Bencilah jalan dalam. Tak ada kedai-kedai nak benti. Yang ada sepanjang jalan hutan sokmo, yang ada hanya pondok kayu orang asli jual petai dengan kayu pemotong bawang tu. Benti kat tepi hutan, tak sampai 5 minit datang beruk-beruk mintak makanan. Untung beruk, kalau tetiba kuar bigfoot?


Selamat sampai Gambang pukul 5.30 petang. Waaaaaaah! Keluar rumah pukul 8 pagi. Keluar kereta terus mengesot. Lama sangat dalam kereta. Benci. Cepat-cepat check in then golek-golek kat katil. Nazmi orang paling bahagia dapat jumpa katil yang luas. Golek-golek tanpa sempadan. Sepanjang dalam kereta mengamuk pasal tak dapat golek-golek. Siannya anak mummy ni. First time jalan jauh. 


Muka bahagia, tukar baju jom kita mandi kat pool.



Tak sempat tukar baju terus tertido mamat ni.



Tak sampai hati nak kejut. Lena betul tido. Kalau lambat nanti pool tutop. 



Ok, masin mulut. Nazmi bangun tido tukar baju terus turun pergi pool. Sampai jer tengok pool dah tutop. Sedih sedih sedih..



Kami keciwa tak dapat mandi pool.



Oh ya, kat Gambang ada 2 jenis. Arabian dan Caribbean. Kami stay kat Arabian. Pasal tu ada Encik Unta.


Nak dijadikan cerita, malam tu kami keluar makan. Then mungkin angin Gambang terlalu sejuk menyebabkan Nazmi demam. Malam terus merengek tak nak tido. Hidung berair. Kepala panas. Rasa susah hati dan macam nak terus balik JB. So hari masa aktiviti tele-match kami sekeluarga tak dapat join. Nazmi tak sedap badan. Asik nak dukung jer. Tak dapat mummy main tarik tali. 



Mesti ahli kumpulan marah. Pasal time game kami tak ada. Time pembahagian hadiah tetiba muncul.



First Marine Services (M) Sdn Bhd. Staff JB, Kuantan dan Labuan bergabung sopan.



Ok abaikan kami bertiga. (Belah kanan sekali sebelah bola kuning). Untungnya bila duk kat tepi sekali kalau ada orang tak suka boleh crop gambar ni. Hahahaha.



Lepas lunch demam Nazmi makin teruk. Uwaaaaaa nak nangis. Kami terpaksa batalkan niat nak join pergi Safari mahupon water theme park. Pasal cuaca panas terik. Duduk dalam hotel biar sejuk. Kasi Nazmi rehat, tido biar lama sikit. Dah petang pukul 5 kami turun pergi pool. Ok! Percubaan kali ke-2 untuk mandi pool.



Cubaan kali ke-2 gagal lagi. Sampai jer kat pool Nazmi tido. Tak sampai hati nak kejut.



Lobi hotel. Kami manfaatkan masa Nazmi tido. 



Pray for MH370


Oleh kerana Nazmi tido lena sangat kami pon naik balik hotel. Huh! Turun naik hotel jer. Mandi siap-siap untuk pergi dinner. Tema Arabian. Tapi Nazmi pkai romper Tuxedo. Hahahaha jangan tegur! Dan kami suami isteri baju pergi beraya, pergi kenduri, pergi maulud nabi dengan pergi dinner sama jer. 



Tanpa rasa bersalah dah lambat, terus salam bini bos then ambik gambo. Biasalah naik unta tu yang lambat.


Benci, nape saya tak perasan ada camaraman kat pintu masuk tu. Nasib baik masuk muka control. 


Malam tu suhu Nazmi makin panas. 38. So kami ambil keputusan awal pagi Ahad terus kami checkout dan balik JB. Singgah makan pizza kat Segamat, berhenti minum kat Machap. Tukar pempes kat Kulaijaya. Alhamdulillah pukul 4 petang dah selamat sampai JB dan terus pergi klinik. Sampai jer rumah, Nazmi boleh gelak-gelak guling-guling kat tilam. Ya Allah~ Bahagianya hati kami tengok Nazmi happy dah sampai rumah. tak merengek lagi. Bukan kami tak nak pergi klinik kat Kuantan. Tapi dari kami sesat kat Kuantan, pergi klinik yang entah apa-apa tu, then tunggu klinik buka then tunggu tunggu lagi makin melambatkan perjalanan. Hikmahnya adalah kalau dah tak ada hati nak pergi tu so jangan pergi. Hahahahahaha kan tak pasal-pasal pergi dapat penat jer. Sekian.

Monday, April 21, 2014

Our 2nd Honeymoon ♥

Alhamdulillah~ Pejam celik tetiba dah setahun lebih kami kawen. Hup hup hurray. #tilljannah (ada hashtag barulah hipster) Ok. Anniversary kami 24 November sebenarnya. Cuma memang dah tetapkan suami isteri, busy mana kami sekalipun, kami akan pergi honeymoon setiap tahun pada bulan March. 2 in 1. Honeymoon c/w sambutan ulangtahun suami. Dah sekaligus tunggu dapat dividen ASB sebenarnya. Huhu. Ada duit baru boleh pergi holiday. Betul tak? Macam last year kami gi Bali. Best giler. Dari hari pertama jejak kaki kat Bali sampailah hari ke 4. Non stop best. 1 jer yang tak best time tu adalah tak sempat nak shopping lama-lama.  Memang dah janji akan return balik. Tapi tunggu Nazmi dah pandai jalan.


Tahun ni sempena menyambut kempen kerajaan menjayakan Cuti-cuti Malaysia so kami terpaksa sambut anniversary dalam Malaysia. Lokasi : Grand Lexis, Port Dickson & Hard Rock Cafe, Melaka. Bagi sesiapa yang teringin nak holiday kat sini memang digalakkan tapi kos agak tinggi. Tapi jangan risau, kami pun belum hilang akal nak dok book bilik hotel dengan harga ribu-riban tu. 1 tips sebelum bercuti. Korang perlu rajin survey harga bilik. Tunggu kuar harga promotion. Date dah ada cuma tunggu harga jer. Macam kami, gigih survey survey survey dan akhirnya Groupon ada offer harga murah. Discount 75% terus bersilat kami bertiga. Dari harga bilik RM1,800 kami just bayar RM500++ jer. Masih mampu milik. Apply cuti dan kemas bag. Selamat tinggal JB.


Dulu berdua, kini bertiga. 


Travel bersama anak kecil dan lebih specific travel bersama Nazmi yang berumur 5 bulan amat mencabar kesabaran suami isteri dan menggegarkan dunia. Selalu drive dari JB ke PD paling kemut pon 3 ke 4 jam. Ini kami kuar rumah dengan riangnya pukul 11 pagi dan sampai hotel pukul 6.00 petang. Fengsaaaaaaaan. Setiap R&R kena berhenti, Nazmi nak jalan-jalan hirup udara segar. Paling lama dia boleh duduk dalam kereta tanpa buat kekacauan adalah 30 minit. Masuk minit ke 31, Nazmi akan bertukar menjadi Wolverine.


Gembira tau Pekan, dapat guling-guling kat katil yang super awesome. 


Dia tak tahu yang mak bapak dia dah berasap kepala layan kerenah dia sepanjang jalan.


Kami pilih nak duk kat sini pasal kat sini ada private poooooooooool dalam bilik. Tak payah share dengan orang kampung dan rakyat jelata yang lain. Nak mandi pakai bikini ke bikitu ke suka hati korang lah. Tak de sape marah. Suka giler. Sampai jer bilik kami bertiga terus terjun pool.



Rasa bangga beli pelampung tengkuk tu RM45.00 sekali tengok kat kedai RM2 diorang jual RM12 jer. Ok fine..


2 orang ni memang hantu air. Selagi tak suruh naik, duduk lah kat dalam pool tu sampai kembang.


Nampak tak muka Nazmi tengok ape?? Kan dah cakap dia hantu air. 


Ada budak rambut tompok nak terjun pasal nampak air.


Mandi pool tak hingat dunia, dah malam terus demam balik. 



Ajak gi breakfast pon dah tak bermaya. 


Kami dah nak check out. Sedihhhhh...


Ok. Tamat desitnasi pertama. Kemas bag, check out then gerak ke destinasi ke-dua. Oh ya, hari ni (bersamaan 28 March 2014) ulangtahun suami saya. Semalam sambut anniversary, harini sambut birthday. Suka tak suami ku????? Destinasi ke dua: Melaka. Singgah lunch kat Restoran Jejantas. Lepas tu order tak tengok tanda harga pasal dah lapar menggigil lutut. Sekali tengok bil terus fengsaaaaaan.


Sotong goreng tepung RM 16 hahaha. Makan dengan pinggan garfu tu sekali. 


Kat Melaka kami tak duduk kat Hard Rock Hotel. Pasal kos dah tinggi kat Grand Lexis tu so kat Melaka duduk kat hotel murahan tapi selamat. Asalkan boleh tido jer. Hotel paling dekat dengan Jongker Walk. 15 minit jalan kaki dah sampai Hard Rock Cafe. Mummy nak bagi 5 bintang kat Nazmi pasal sangat behave sepanjang malam. Tak mengaruk. Duduk dalam stroller, tido.


 Sopan macam gadis.


Tetiba nampak Nazmi cenonet macam sup bunjut.


Kalau dengan mummy terus beso. 

Hari jadi daddy tapi mummy pulak dapat baju 2 helai. Huwieeeee... Ok suami ajak nak cruise pusing sungai Melaka tu, tapi tunggu nazmi pandai berenang lah. Nanti kalau jadi apape Nazmi boleh selamatkan mummy dia. Sebenarnya saya takot air.


Tamat sudah percutian kami tahun ini. Jika nak bercuti perancangan tu penting. Buat bajet. Rancang kewangan, pengangkutan, penginapan, perjalanan, makan minum dan juga sediakan duit emergency. Servis keta. Tayar cukup angin. Pakaian bawa secukupnya. Jangan macam suami saya hari ke 3 baru perasan stock baju dah abis. Alasaaaaaaaaan kena beli baju baru kat Hard Rock. Kalau bawa budak kecik make sure standby ubat-ubatan walaupon anak korang sihat walafiat tapi kita tak tahu ape akan terjadi sepanjang travel tu.


Wahhhh... Sejak jadi mak mak ni terus berpandangan jauh pulak. Selama ni kalau nak travel pakai terjah jer. Macam kami kalau nak bercuti bulan 3, saya kena present slideshow forecast bajet kat suami dalam bulan 12. Lepas suami approved then terus booking hotel. Ok selamat bercuti :)


video

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2014. Masa untuk mulakan buku baru, blog baru, entry baru, gaya baru. Dulu muda mudi sekarang saya dah jadi mak mak. Blog yang dah berhabuk ni akan di lap. Jangan risau. Sepanjang tahun 2013 ada 5 entry jer. Nampak sangat saya sungguh bz dengan duniawi dan akhirat. Tapi azam 2013 saya dapat dicapai dengan jayanya. Alhamdulillah~





Kesimpulannya, saya tempuh tahun 2013 dengan penuh kebahagiaan. Alhamdulillah sekali lagi. Oleh kerana tak sempat nak update entry setiap peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Hari ni akan ada 1 entry combo dari January sampai December 2013.


Kami kehilangan Yuna

Keguguran pada usia baby 5 minggu. Pada malam final Maharaja Lawak Mega. Sedih bertubi-tubi. Kenapa Yuna? Kerana naluri keibuan saya amat kuat mengatakan itu adalah baby girl. So dah namakan Yuna awal-awal biar suami tak boleh letak nama lain. Tapi tak ada rezeki. 


Bulan madu kat Bali.

Memang best, bertambah best bila dapat pergi dengan suami.Dapat lupakan segala kekecewaan melanda. Pekej honeymoon 4D3N kat Bali amat berbaloi. 


Nampak tak? Muka bangga, hidung kembang kempis.


Bendalah ni tak ada kat JB tau! Dan kalau ada kat JB pon kami tak jakun nak ambik gambar tetengah terik panas matahari.


Saya mengandung lagi!!

Alhamdulillah. Yuna dapat adik. This time kami lebih berhati-hati. Jaga makan jaga kesihatan. Tak sanggup kehilangan untuk kali ke-2. Kalau boleh nak letak kusyen keliling perut biar baby selamat sentiasa.



Inilah anak sulung kami. Nazmi Bin Mohd Nazaruddin. Lahir pada 1st November 2013, 4.34 kg 

4.34 kg? Lebih muatan.. Saya rasa Nazmi besar kerana minggu terakhir sebelum beranak memang kasi pukul sampai habis semua menu kat McD. Sekali keluar tembam macam ayam McD. Saya dah overdue, minggu ke 42 terus masuk wad. 3 kali induce tapi jalan bukak 3 cm jer, so terpaksa czer. So saya tak dapat merasa sakit bersalin. Tak pelah maybe anak ke-2 nanti lah.



Lepas sebulan pipi bambam Nazmi hilang. Yang tinggal hanya senyum sengeh dia jer.

Ulangtahun ke-29

Saya sambut birthday pada hari ke-6 berpantang. So tak boleh makan kek. Dinner makan singgang jer. Hadiah? Suami cakap nanti abis pantang kita pergi beli sesama. Sesungguhnya Nazmi adalah hadiah terhebat yang pernah saya dapat selama ini. Terima kasih Tuhan.

Baru perasan!!! Umur dah 29 baru dapat anak 1st. Nanti kalau sekolah Nazmi buat mesyuarat PIBG, mesti Nazmi malu, semua orang bawak mak bapak, tapi nape Nazmi bawak nenek...Uwaaaaaa!!! Mak Nazmi dah tua time tu. Lagi lah time Nazmi konvo nanti, saya dah 50. Daddy Nazmi dah pencen. Tu lah! sape suruh kawen lambat, kawan-kawan lain sibuk uruskan anak ke-3 masuk sekolah, yang aku masih sibuk nak nyusukan anak pertama.


1st anniversary

Saya sambut hari Ulangtahun perkahwinan yang pertama ketika saya sedang berpantang hari ke-24. Sambutan terpaksa di postpone, so suami saya hutang 1 dinner. Belum redeem lagi pasal tengah pikir lokasi. Hadiah? Huhu... Dah beli awal-awal kat JPO. Pastu buat-buat terkejut dapat hadiah. Padahal dah tahu ape isi hadiah tu.


Bonus akhir tahun.

Say TQ kat PM Najib pasal bagi dividen ASB yang amat tinggi sekali. Ya! Setinggi pokok taugeh! Next week boleh pergi update buku ya.. Alhamdulillah~ Dapatlah beli baju baru Nazmi simpan stock sampai dia 6 tahun :)

Okey itu jer sepanjang 2013. Rasa macam cepat jer masa berlalu. Tak sabar nak tengok Nazmi pandai jalan. Nanti boleh bawak dia pergi main salji..


Hari ni 1.1.2014 pagi tadi bawak Nazmi gi checkup. Dah 2 bulan budak botak ni.

Azam 2014? Hmmmmmm... Macam nak bagi Nazmi adik tapi tak boleh. Kena rehat 18 bulan, kalau beranak normal aritu, maybe sekarang dah ngandung lagi kot. Hahahahahaha.. Ok, Selamat Tahun Baru, banyakkan amalan dan bersyukur selalu. Babai :)

Monday, September 2, 2013

Shopping list for mummy to be

Mesti suami kagum, saya berjaya hasilkan 1 entry baru hari ini. Huh! Bos gi meeting so ada masa terluang 90 minit.. Sebelum semua tanya, baby saya sihat walafiat. Nak tengok dia tendang? Dah lah babat mummy nipis... Super aktif!! 


video



Suami takot nak pegang perut. Dia tengok jer. Tapi baby ni pandai, menendang macam nak rak, then klau suami pegang perut terus dia diam. Sama macam tiap kali checkup! Kat luar clinic dia menendang then time scan dia tido. Sopan jer.. Mesti tido tahan gelak kan?

This time nak share shopping list persiapan nak menyambut baby. Yes!!! Kita perlu ada checklist supaya para ibu dan bapa tidak meroyan shopping barang baby macam esok semua kedai baby nak tutup. Checklist ini juga berguna agar para ibu tidak panic! Seperti saya. Yang tanpa henti membeli baju baby... Bak kata suami boleh tak beli baju baby yang bukan color putih? So ape lagi saya pon berusaha mencari dan membeli semua baju baby kat Malaysia ni yang bukan color putih.. Nasib baik sempat tersedar, bahawa saya akan melahirkan seorang hero. Seorang ya! Bukan 3 bukan 4...

Shopping list ni Ummi Intan Camelia yang forwadkan. Mungkin dia paham yang sahabat dia ni ada sindrom shopping tanpa henti. 

A: Persiapan awal
  1. Changing mat
  2. Baby toiletries
  3. Ointments, cream
  4. Cotton bud
  5. Pengetip kuku (Oleh kerana jari baby comel2 so pengetip kuku baby pon comel)
  6. Nasal pump
  7. Wet tissue
  8. Powder puff
  9. Sikat
  10. Baby's bath tub (Rasa menyesal sikit dah beli bath tup kt Jusco. Then gi Ikea, jumpa yang lagi comel... Arhhhh!!!)

B: Feeding utensils
  1. Breast Pump set - breast pump, cooler bag, reusable ice pack, milk storage bottles/packs, drying rack (Beli ikot kemampuan! Beli time ada Expo Mummy Baby dapat murah2 dan dapat beli secara pekej)
  2. Liquid sterilizer 
  3. Milk/food warmer (Beli yang 2in1, leh cas kat dapur dgn kat kereta)
  4. Bottle sterilizer
  5. Milk powder dispenser

C: On-the-go Equipment
  1. Stroller/carrier set (Tercapai impian nak beli Quinny.. Yeaaaah! Tq daddy ♥)
  2. Baby's travelling bag
  3. Tuala baby
  4. Washcloth
  5. Blanket (Make sure beli yang comel2 pasal nanti lahir jer nurse nak balut baby dgn blanket tu, then nanti nak upload masuk Instagram)

D: Baby wear/apparel
  1. Diapers
  2. Barut
  3. Pyjamas/sleepwear
  4. Jumper, busha, leggings (Leggings baby comel2, rasa mcm nak beli 20 helai)
  5. Cotton tops, pants
  6. Booties, mittens, hat, bib (Beli yang cartoon2 pasal comel2)

E: Mummy's stuff
  1. Nursing bra
  2. Breast pad 
  3. Maternity pad (Saya beli brand Pureen tu, tabal giler.. Kalau nak yang biasa leh beli yang Libresse) 
  4. Set bersalin (Saya belum beli lagi. Tak tahu nak beli brand ape)
  5. Set pengurusan uri (Mudah skrg dah ada jual set complete dgn periuk tanah, garam, kain putih, asam semua tu)
  6. Bengkung, tungku (Jangan lupa pkai bengkung. Nanti perut menggeleber, pastu dah tua baru rasa menyesal)

F: Baby's bedtime
  1. Baby's cot (Jimat, kakak kasi pinjam baby cot. Pasal anak-anak dia semua tak pandai tido dlm baby cot)
  2. Cot mattress (Nak senangkan hidup sila beli 2. Satu utk letak dalam baby cot then satu lagi untuk travel yang dah siap dgn bag tu)
  3. Crib set - bumper, comforter, sheet. (Ingatkan murah, rupenya dah sama harga dengan set comforter mummy daddy)
  4. Pillow, bolster
  5. Toys 
List ni sekadar panduan basic. Kalau nak yang detail memang 7 hari tak habis menaip. Kebanyakkan barang baby kami beli kat Jusco. Beli time Jcard day ataupon beli time ada sale!! Anda pasti teruja! Semuanya ada discount!! So far, alhamdulillah barang baby & mummy dah beli semua siap-siap. Tinggal set pas besalin jer masih belum beli lagi. 
  1. Bendalah tu mahal rupenya, ingatkan dalam RM100+ jer rupenya ada yang sampai RM400+ tu kalau makan mesti terus munggil macam Maya Karin. 
  2. Tak tahu nak beli jenama ape. Ada Sendayu Tinggi, Tropica Herbs,Nona Roguy, Tanahmerah tanah runtuh semua ada. 
  3. Saya ada masalah makan jamu. Huh!!!!

Tengok?? Baik kan anak saya!! Tido jer.  Ni dah masuk 8 bulan. Berat 1.7 kg Dr. Chu cakap baby kecik so kena makan banyak-banyak sampai gemok. Next checkup make sure kena lebih 2.5kg

Okeylah jumpa lagi next entry untuk checklist untuk gi hospital pulak. Bos dah abis meeting! Nak sambung keje..
 

Mummy Nami Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template